PROFIL SEKOLAH
NAMA SEKOLAH:
Nama asal sekolah ini ialah "Madrasah Lughatul Quran" yang bermaksud Sekolah Bahasa Al-Quran“.
Ia didaftarkan semula di atas nama “Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran“ pada tahun 2002 untuk menyelaraskan dengan nama kebanyakan sekolah-sekolah Arab negeri Johor.
LOKASI TERKINI:
Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran
Kesang Tasek, 84410 Sungai Mati,
Muar, Johor.
Muar, Johor.
No. Tel : 06-9754833.
No. Fax : 06-9753384
E-mail : smalq@hotmail.com
NO. PENDAFTARAN SEKOLAH:
No. Pendaftaran di Jabatan Agama Islam Negeri Johor : PSAJ 0028
No. Pendaftaran di Jabatan Pendidikan Negeri Johor : SRJ 833
VISI DAN MISI SEKOLAH:
Menjadikan SMA Lughatul Quran sebagai sekolah terbaik di dalam bidang akademik, melahirkan pelajar bersahsiah tinggi, sistem pengurusan pentadbiran yang cekap dan bersistematik, guru-guru dan pelajar yang berkaliber dan berketrampilan.
Demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan, warga SMA Lughatul Quran akan;
- Memastikan tahap kurikulum cemerlang.
- Melahirkan pelajar bersahsiah tinggi.
- Menggalakkan penglibatan ko-kurikulum yang holistik.
- Mewujudkan iklim persekitaran yang kondusif.
MOTTO SEKOLAH:
Motto sekolah ini adalah “Dengan Ilmu Tercapai Cita-Cita“ bertujuan melahirkan insan yang memahami konsep ilmu yang syumul iaitu merangkumi segala bidang. Cita-cita untuk berjaya di dunia dan di akhirat hanya dapat dipenuhi dengan ilmu.