July 2016

Majlis Mahabbah & Sambutan Aidilfitri 2016


Di atas inisiatif dan perancangan rapi yang telah dibuat sebelum bulan Ramadhan lagi, akhirnya Majlis Ukhuwah Dan Sambutan Aidilfitri Ex-MLQ/SMALQ telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu 16 Julai 2016 bersamaan 11 Syawal 1437H.

Majlis yang diadakan di Dewan Kompleks Penghulu Mukim Serom (terima kasih atas kerjasama Tok Penghulu Nor Rafizan, yang juga merupakan bekas pelajar MLQ)

Program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik dan luar dugaan dari para alumni. Terima kasih diucapkan di atas kesudian kalian meluangkan masa untuk hadir dalam program ini.

Ianya turut diserikan lagi dengan kehadiran Mantan Pengetua MLQ, Al-Fadhil Ustaz Hj Ali bin Abu.

Turut serta juga adalah bekas-bekas tenaga pengajar di MLQ serta guru-guru yang masih berkhidmat kini di SMALQ.

Sesungguhnya program sebegini amat bermakna demi mengeratkan semula tali silaturahim antara kita yang rata-ratanya telah berbelas (malah ada yang telah berpuluh) tahun tidak bersua muka.

Tahniah kepada pengurusan Alumni SMALQ serta semua yang telah bertungkus-lumus siang dan malam bagi menjayakan program ini. Kami pihak alumni berharap dapat mengadakan lagi program ini pada tahun-tahun mendatang. InsyaAllah.

"Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Dan Batin."